Event Updates! (Scroll below for ney entry!)

Coming Field Trip: Guangzhou 102:

1. June 2011: 2-6 June (Fully Booked)

2. June 2011: 16-20 June (Fully Booked)

3. July 2011: 30 Jun-4 July (Open For Registration)

4. September 2011: 22-26 September (Open For Registration)

Coming Kursus Usahawan Borong China: Guangzhou 101

1. 19th June 2011 @Kuala Lumpur (Open for Registration)

2. 25th June 2011 @Kuching, Sarawak (Open for Registration)

3. 26th June 2011 @Kota Kinabalu, Sabah (Open for Registration)

For more info, please visit: http://BisnesBorongChina.com

Wednesday, December 29, 2010

Pengenalan: Guangzhou 102

Peniaga-peniaga Cina di Malaysia sudah lama ke Negara China untuk mengambil produk dari sana dan dijual di negara kita. Lambakan barangan dari Negara China sangat ketara kerana China sudah menjadi Negara perindustrian utama dunia. Seluruh dunia bertumpu ke sana termasuk jenama-jenama besar antarabangsa seperti IKEA. Ini kerana kos menghasilkan sesuatu produk di China adalah jauh lebih murah.

Peluang di sana amat besar dan amatlah rugi jika usahawan Melayu Islam tidak mengambil peluang ke China. Masih ramai peniaga Muslim mengambil produk dari pemborong di Malaysia dengan harga yang tinggi dan margin keuntungan sangat kecil. Ada antara peserta-peserta kursus kami yang mengeluh untuk meneruskan bisnes masing-masing kerana pulangan yang minima. Fenomenan ini kerap berlaku terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil dan peniaga sambilan yang menjual produk di kedai-kedai online.

Guangzhou 102 @ Trip Borong China

Mereka dapati ramai kenalan yang kecewa kerana tidak tahu untuk ke China semula setelah mengikuti trip memborong ke China. Teknik “melancong ke pasar borong” adalah kurang berkesan untuk peniaga yag mahu membina perniagaan jangka panjang di negara China. Ini kerana para peniaga dibawa dengan bas tempahan khas ke pasar-pasar borong. Mereka sebenarnya melancong dan tidak benar-benar menguasai asas sebenar untuk berdikari ke China apabila datang semula sekali lagi.

Maka Great Minds melihat peluang itu dan memberi nafas baru kepada trip borong ke China yang mereka kendalikan, atau lebih dikenali sebagai Guangzhou 102. Mereka memperkenalkan konsep “Survivor Mode” yang mana para usahawan diajar untuk bergerak di Guangzhou dengan menggunakan kenderaan awam utama iaitu Metro Guangzhou.

Sistem pengangkutan Metro di Guangzhou adalah sangat kompleks dan setanding dengan negara maju yang lain. Great Minds mengambil peluang ini untuk membimbing para peserta pergi ke Plaza-Plaza Borong utama sekitar Guangzhou dengan menggunakan Metro. Mereka juga dibawa ke kedai-kedai borong yang berwibawa dan pernah menjadi supplier kepada Great Minds. Dengan ini usahawan yang pertama kali ke sana akan lebih yakin untuk membuat belian pertama mereka. Cara berurusniaga dengan pembekal China dan urusan penghantaran barang-barang ke Malaysia juga dijelaskan secara terperinci. Selain itu, pada sebelah malam, peserta diajar pergi ke restoran-restoran Halal sekitar Guangzhou yang berhampiran dengan Stesen Metro.

Sepanjang trip yang dijalankan pada tahun 2009 dan 2010, para peserta memberikan respon yang sangat positif dengan kaedah ini. Kejayaan manis yang dikecapi oleh tim Great Minds ialah apabila para peserta berkeyakinan untuk pergi ke Pasar Borong sendirian dengan menaiki Metro seawal hari kedua di Guangzhou. Yang paling membanggakan adalah ada peserta-peserta Guangzhou 102 sudah pun ke Guangzhou semula untuk membuat urusan perniagaan dan berjaya untuk mengaplikasi teknik Survivor Mode yang dibekalkan kepada mereka pada trip pertama bersama Great Minds. Ya, mereka semuanya tidak tahu berbahasa Cina dan mampu berdikari di sana!


Walaupun membuat perniagaan borong, jumlah peserta yang dikendalikan Great Minds bukan berskala “borong” bagi memastikan servis yang diberikan berkesan. Kelebihan & keistimewaan Guangzhou 102 adalah pendekatan yang dibawa jauh berbeza.

Logiknya pendekatan ini mungkin secara kasar dilihat merugikan Great Minds. Kenapa? Ini kerana Guangzhou 102 boleh melahirkan peniaga-peniaga yang mempunyai ilmu dan gerak kerja seperti mereka hanya dalam masa 4 hari! segala ilmu dan pengalaman mereka selama ini telah dipakejkan di dalam Guangzhou 102, dengan yg demikian kesemua peserta dapat belajar terus dari pengalaman dan kesilapan mereka selama ini. Orang yang bijak adalah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain, bukan menunggu sehingga dirinya melakukan kesilapan yang sama.

Mahu mengetahui lebih lanjut program borong ke China kami? Sila hubungi nombor tertera di bawah:




***
Field Trip : Guangzhou 102 or Trip Borong China is the Travel Package (Ground) that we offer to Entrepreneurs who would like to experience Guangzhou the GREAT MINDS WAY!


Wholesale Master Course (WMC) : Guangzhou 101 or Kursus Usahawan Borong Dari China is a half-day-training for entrepreneurs who want to know how they can import products directly from suppliers in China.