Event Updates! (Scroll below for ney entry!)

Coming Field Trip: Guangzhou 102:

1. June 2011: 2-6 June (Fully Booked)

2. June 2011: 16-20 June (Fully Booked)

3. July 2011: 30 Jun-4 July (Open For Registration)

4. September 2011: 22-26 September (Open For Registration)

Coming Kursus Usahawan Borong China: Guangzhou 101

1. 19th June 2011 @Kuala Lumpur (Open for Registration)

2. 25th June 2011 @Kuching, Sarawak (Open for Registration)

3. 26th June 2011 @Kota Kinabalu, Sabah (Open for Registration)

For more info, please visit: http://BisnesBorongChina.com

Sunday, December 26, 2010

2010 berakhir dengan SUKSES!

Trip Borong China Disember 2010

2010 berakhir dengan sukses!


Alhamdulillah, tahun 2010 berlabuh tirai dengan pencapaian yang membanggakan buat Tim Great Minds. Syarikat kini dalam proses mengukuhkan posisi sebaris dengan syarikat berprestasi tinggi yang lain dalam usaha menghasilkan lebih ramai Usahawan Borong China. Usahawan yang mahu dihasilkan bukan sahaja cukup syarat pernah menjejaki kaki di Guangzhou, tetapi mampu untuk pergi semula ke Guangzhou tanpa memerlukan pemandu pelancong dan jurubahasa untuk menguruskan bisnes.


Ya, kami sudah lihat hasilnya!


Kami yakin lebih ramai lagi usahawan di luar sana yang dahagakan ilmu untuk menguasai Guangzhou secara "Survivor Mode". "Survivor Mode" adalah tunjang kepada program Guangzhou 102: Trip Borong China yang dikendalikan Tim Great Minds. Lebih ramai usahawan yang tahu untuk bergerak sendiri di Guangzhou menggunakan kenderaan awam, lebih ramai Jutawan borong China dari kalangan Muslim Bumiputera yang bakal dihasilkan, Insya-Allah.


12 graduan Guangzhou 102 baru sahaja selesai menjalani "camp Survivor Mode" di Guangzhou selama 4 hari 4 malam. Berdasarkan feedback yang diberikan, semuanya sungguh gembira kerana sudah berkeyakinan untuk pergi ke Plaza Borong di Guangzhou sendirian seawal hari kedua. Selok belok Guangzhou yang dikuasai melalui metod ini akan membuka peluang untuk mereka menjalankan bisnes jangka panjang di sana.


Antara testimoni yang diberikan oleh peserta melalui SMS (testimoni diberi seawal hari ke-3 di Guangzhou!) adalah:


"Terima kasih banyak-banyak kerana membantu dan membuka minda kami untuk lebih lagi berusaha dalam membangunkan perniagaan kami. Semoga usaha kita direstui oleh Allah, dan hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu adik-beradik [Tuan Shuaib dan Tuan Nizar] dan teruskan niat mulia kamu dalam membantu usahawan Melayu."
-Tuan Shafrizan, pemilik 3 buah Optometris di Sarawak-


"Alhamdulillah, kami sekeluarga puas hati dan gembira pada semuanya dan ada dapat beberapa idea [perniagaan] di dalam trip ini. Kami berharap kita dapat terus berurusan dan bersahabat. Mungkin kami akan "join" lagi trip ke sini. Kami juga mohon maaf sekiranya ada memberi masalah."
-Tuan Haji Zamri, bersama isteri(O&G Specialist) dan anak lelaki-


Semuanya bermula sebagai orang asing dan kini berakhir sebagai sahabat setelah mengikuti Guangzhou 102. Semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan hingga ke syurga. Amin.


Sewaktu di Lapangan Terbang Baiyun, kami ketemu sekumpulan usahawan Muslim Malaysia yang datang dengan tujuan yang sama. Bukan niat mahu membuka aib mana-mana pihak, namun realiti yang berlaku kepada mereka wajar dihebahkan agar tidak berulang kepada orang lain. Wang yang dilaburkan bukan sedikit, tetapi ribuan dan pengalaman serik yang mereka rasakan adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang mahu menangguk di air yang keruh. Apa yang mereka alami adalah sama seperti yang diceritakan di sini. Kami akan kongsikan kisah mereka di dalam Kursus Borong China: Guangzhou 101, 15 Januari ini. Pastikan anda daftar tempat anda sekarang.


Di sini kami ingin mengambil peluang untuk memperincikan gerak kerja Tim Great Minds di Guangzhou:

1. Kami TIDAK menggunakan charted bus/van untuk pergi ke Pasar Borong. Seluruh perjalanan menggunakan kenderaan awam

2. Kami akan membawa peserta ke kedai-kedai borong yang pernah kami berurus niaga sebelum ini. Dengan ini para usahawan sudah mempunyai "base price to begin with" sebelum membuat "culaan" harga di kedai-kedai lain.

3. Kami membuat "personal coaching" bagi usahawan yang sudah mempunyai target tertentu. Sebagai contoh Usahawan A mahu memborong alat tulis (manakala peserta yang lain tidak berminat untuk mencari alat tulis). Seorang trainer akan menemani Usahawan A ke Plaza Borong Alat Tulis dan mengajar cara-cara untuk ke sana menggunakan Metro. Hari-hari seterusnya di Guangzhou jika Usahawan A mahu fokus untuk mencari pembekal alat tulis, beliau boleh ke sana sendirian tanpa terikat untuk mengikuti program yang telah kami atur.

4. Kami akan kenal pasti target barangan para peserta (jika ada) sebelum menyusun jadual di Guangzhou. Majoriti peserta mahu belajar cara-cara ke semua Plaza Borong dengan menggunakan Metro. Hanya sebilangan yang sudah mempunyai perniagaan yang mahu fokus kepada satu-satu Plaza Borong sahaja. Memandangkan kami mempunyai 2-3 trainer pada suatu masa (bergantung kepada jumlah peserta), maka kami boleh berpecah kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil untuk bergerak di Guangzhou.

5. Menguruskan peserta dengan Metro adalah jauh lebih rumit dan memenatkan berbanding dengan menaiki bus tempahan khas. Namun konsep Survivor Mode yang dipolopori Tim Great Minds akan tetap diteruskan. Mereka yang mahu melancong dan tidak mahu bersesak-sesak menggunakan kenderaan awam dinasihatkan untuk tidak memilih Great Minds sebagai konsultan anda di Guangzhou. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang memilih kami sebagai rakan niaga anda di Guangzhou, Tahniah! diucapkan dan Insya-Allah pelaburan anda berbaloi.


Sila hubungi kami jika terdapat sebarang persoalan tentang program-program yang kami jalankan. Tempat untuk program Guangzhou 102 Januari ini tinggal 3 kekosongan sahaja *FULL HOUSE*, daftar sekarang sebelum terlambat.

Jumpa lagi di Guangzhou Januari 2011!



***
Field Trip : Guangzhou 102 or Trip Borong China is the Travel Package (Ground) that we offer to Entrepreneurs who would like to experience Guangzhou the GREAT MINDS WAY!


Wholesale Master Course (WMC) : Guangzhou 101 or Kursus Usahawan Borong Dari China is a half-day-training for entrepreneurs who want to know how they can import products directly from suppliers in China.